Hanya terbuka kepada peserta MobilePreneur sedia ada sahaja dan peserta hanya boleh pilih salah satu daripada program di bawah ini sahaja.
Peserta akan hadiri kursus CIDB bagi memperoleh lesen kontraktor G1.
Sejumlah RM4,500.00 sekurang-kurangnya perlu disediakan di dalam akaun bank syarikat 1 bulan sebelum kursus dan juga perlu kekalkan duit tersebut dalam akaun bank sehingga mendapat lesen G1 tersebut.
SSM peserta perlu sudah berdaftar sekurang-kurangnya 2 tahun.
Peserta yang menjalankan perniagaan dalam bidang elektrik, penyaman udara, selenggaraan paip, binaan bangunan dan kimpalan digalakkan sertai program ini.
Program ini amat sesuai untuk menambah usahawan GIATMARA dalam bidang kontraktor supaya lebih ramai usahawan dapat membekal ke projek PPRT kendalian GIATMARA.
Program ini terbuka kepada semua jenis perniagaan. Antara skop bimbingan program Biz Coaching ini adalah:
Pensijilan
Pengurusan Kewangan
Pengurusan Strategik
Pendigitalan
Pemasaran
Pembangunan Produk / Perkhidmatan
Pembangunan teknologi
Pembangunan dan penyelidikan (R&D)